Thursday 3 November 2011

Apakah Bahasa Melayu

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya dipanggil bahasa Malaysia.

Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Selatan Thailand , Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu.

Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.

Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali.

Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.

Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya,Bahasa Melayu Riau-Johor berbeza dialek dengan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu. Melayu Riau-Johor menggunakan dialek "e" sedangkan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu menggunakan dialek "o". Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien.

Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walaubagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada kata kerja.

Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan.

Di Timor Leste, sekarang terlepas dari Indonesia menjadi negara Timor Leste, Bahasa Indonesia diterima sebagai "bahasa berkerja". Di Singapura, Bahasa Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.) Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang daripada Kesultanan Melayu Patani (orang Melayu Pattani), tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan.

Pada awal tahun 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi ASEAN memandangkan lebih separuh jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan.

Wednesday 2 November 2011

Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa ialah kata-kata ringkas atau perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat atau nyata.

Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.
Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.

Senarai simpulan bahasa beserta dengan maksudnya adalah seperti yang berikut:

Simpulan Bahasa
Maksudnya
ada anginberkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
ada hatimempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu
air mukarupa atau wajah seseorang
ajak-ajak ayamtidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
ada bakatmempunyai tokoh atau perwatakan
alas perutmakanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan
anak angkatanak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
anak bapaanak yang disayangi oleh bapa
anak buahorang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara
anak emasanak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
angkat kakimeninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
atas anginnegara-negara di sebelah barat
atas pagartidak menyebelahi mana-mana pihak
ayam tambatanorang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan
bahasa pasarbahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
banyak mulutorang yang banyak bercakap
batu apiorang yang suka menghasut
batu loncatansesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
bau-bau bacangtali persaudaraan yang jauh
bawah anginnegara-negara di sebelah timur
bekas tanganhasil kerja tangan seseorang
beralih akalberubah fikiran atau pendapat
beralih anginpergi ke sesuatu tempat untuk berehat
berat hatienggan; malas
berat mulutpendiam atau tidak suka bercakap banyak
berat tulangorang yang malas bekerja
berat sebelahtidak berlaku adil
berbelah bagisukar untuk membuat keputusan
berhati batudegil dan sukar menerima nasihat
berhutang budipatut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga
bermuka duatidak jujur
bertikam lidahbertengkar; berdebat
besar hatibergembira atau berbangga akan sesuatu
besar kepaladegil; sukar menerima pandangan orang lain
buah hatiorang yang dikasihi atau dipuja
buah mulutsesuatu yang menjadi perbualan orang ramai
bush tanganhadiah yang dibawa ketika melawat seseorang
bulat hat!bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad
buruk sikumengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain
buta hatitidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam
cahaya mataanak
cakar ayamtulisan yang buruk
campur tanganturut serta atau mencampuri urusan orang lain
cari jalanberusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu
epat tangansuka mencuri
dalam tangansudah pasti akan diperoleh
darah daginganak kandung
durian runtuhkeuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka
gaji butamendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh
gelap matahilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta
harga dirimaruah atau kehormatan seseorang
harga matiharga tetap yang tidak dapat ditawar lagi
hati batudegil atau keras hati
hidung tinggisombong atau tinggi diri
hilang akaltidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri
ikat perutmenahan lapar kerana berjimat
iri hatimenyimpan perasaan dengki atau cemburu
isi hatiperasaan dalam hati
jalan buntutidak ada jalan penyelesaian
kacang hantuorang yang jahat dan suka mengganggu orang lain
kaki ayamtidak berkasut atau berselipar
kaki bangkutidak berkebolehan bermain bola
kaki botolsuka minum minuman keras
kecil hatiberasa tersinggung atau merajuk
kepala anginperangai yang tidak menentu
kepala batudegil dan tidak mendengar nasihat
kera sumbangorang yang tidak suka bergaul dengan orang lain
khabar anginberita yang belum tentu benarnya
langkah kananbernasib baik
langkah seribucepat-cepat lari kerana ketakutan
lidah bercabangkata-kata yang tidak dapat dipercayai
lipas kudungcepat membuat kerja
lintah daratmengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan
makan anginbersiar-siar untuk berehat
makan suapmenerima rasuah
malu-malu kucingberpura-Aura malu di hadapan orang
mandi peluhbekerja kuat
mati katakmati dengan sia-sia
membabi butamelakukan sesuatu tanpa berfikir
membawa diritahu menjaga diri
membuka jalanmemberi laluan kepada orang lain
membuka tembelangmenceritakan keburukan seseorang kepada orang lain
memeras otakterlalu kuat berfikir atau belajar
menarik diritidak turut serta; meletak jawatan
mencari jalanberusaha untuk melakukan sesuatu
mencuci matagembira memperhatikan sesuatu yang indah
mencuit hatilucu; menggelikan hati
mengabui matacuba memperdaya; menipu
mengadu dombamemperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya
mengambil anginbersiar-siar untuk berehat
mengambil beratmemberi sepenuh perhatian
mengambil hatidapat memikat atau mempengaruhi
mengasah bakatlatihan untuk mengembangkan bakat
muka temboktidak berasa malu
mulut muraikuat bercakap atau berbuat bising
mulut tempayantidak dapat menyimpan rahsia
murah hatisuka bederma; tidak kedekut
naik anginterlalu marah
nyawa-nyawa ikanhampir-hampir mati
orang atasanorang yang berpangkat tinggi
otak cairpintar atau bijak
otak keringkurang siuman
otak udangbebal atau bodoh
paku belandabarangan yang tetap harganya
panas hatimeradang atau marah
panjang tangansuka mencuri
pasang telingamendengar dengan teliti
pekak badakkurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat
pembasuh mulutmakanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi
perang mulutpertengkaran
pilih kasihmemberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai
pisau cukurperempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki
puteri lilintidak tahan terkena panas matahari
putih hatiikhlas; jujur
putih matamengalami kekecewaan
rabun ayampenglihatan yang kurang jelas
rambang matasukar membuat pilihan
ringan tangansuka membuat kerja: menolong orang
sampai hatitergamak melakukan sesuatu kerja
serkap jarangmembuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa
tangan terbukamenyambut sesuatu dengan senang hati
tangkai jeringorang yang kedekut
tawar hatitidak mempunyai minat lagi
tebal mukatidak tahu malu
telinga kualitahan hati menerima kemarahan
telinga lintahtajam pendengaran
telinga nipiscepat marah atau meradang
terang hatimudah memahami sesuatu
tidur-tidur ayamtidur yang tidak nyenyak
tin kosongbercakap besar tanpa ilmu
titik peluhhasil usaha yang bersungguh-sungguh

Saturday 29 October 2011

Friday 28 October 2011

Tujuan "Micro Teaching"

Tujuan operasional Micro Teaching
1. Mengembangkan kemampuan mawas diri dan menilai orang lain.
2. Memungkinkan adanya perbaikan dalam waktu singkat.
3. Menanamkan rasa percaya pada diri dan bersifat terbuka dengan kritik orang lain
4. Mengembangkan sikap kritis murobbi.
5. Menanamkan kesadaran akan nilai ketrampilan mngajar dan komponen-komponenya.
6. Mengenal kelemahan-kelemahan dan keliruan –keliruan dalam penampilan ketrampilan mengajar dan tahu penampilan yang baik.
7. Dengan menggunakan video Tape recorder maka :
8. Memberi kesempatan guru untuk melihat dan mendengar dirinya sendiri.
9. Memberi kesempatan untuk mengikuti kembali kritik dan diskusi caranya mengajar berulangkali.
10. Memungkinkan untuk membuat model cara mengjar.
11. Memungkinkan banyak orang yang dapat mengikuti proses belajar dan tidak tentu waktunya.
12. Merupakan medan untuk mencobakan sistem atau metode baru untuk diteliti sebelum dikembangkan.
13. Memberi kesempatan pendekatan analistis mengenai ketrampilan dan strategi mengajar.

Materi Kegiatan (program Kegiatan)
Yang dimaksud materi disini adalah ketrampilan yang akan dilatih melalui penampilan dalam micro teaching.
Ada sepuluh ketrampilan khusus yang dapat dilatih dalam micro teaching yang kesemuanya itu merupakan dalam sebuah proses belajar mengajar.
Keteampilan khusus itu meliputi:
* Ketrampilan membuka pelajaran
* Keteampilan memberi motivasi
* Ketrampilan bertanya
* Ketrampilan menerangkan
* Ketrampilan mendayagunakan media
* Ketrampilan menggunakan metode yang tepat
* Ketrampilan mengadakan interaksi
* Ketrampilan penampilan verbal dan non verbal
* Ketrampilan penjajagan/assesment.
* Ketrampilan menutup pelajaran.

Aspek-aspek keterampilan yang harus ditampilkan sebagai berikut :
a. Keterampilan membuka pelajaran
  • Memperhatikan sikap dan tempat duduk siswa
  • Memulai pelajaran setelah nampak siswa siap belajar.
  • Cara mengenalkan pelajaran cukup menarik.
  • Mengenalkan pokok pelajaran dengan menghubungkan pengetahuan yang sudah diketahui oleh siswa (apersepsi).
  • Hubungan antara pendahuluan dengan inti pelajaran nampak jelas dan logis.

b. Keterampilan memberi motivasi
  • Mengucapkan ‘baik”, bagus, ya, bila siswa menjawab/ mengajukan pertanyaan
  • Ada perubahan sikap non verbal positif pada saat menenggapi pertanyaan/ jawaban siswa.
  • Memuji dan memberi dorongan dengan senyum, anggukan atas partisipasi siswa.
  • Memberi tuntunan pada siswa agar dapat memberi jawaban yang benar.
  • Memberi pengarahan sederhana dan pancingan, agar siswa memberi jawaban yang benar.

c. Keterampilan bertanya
  • Pertanyaan guru sebagian besar telah cukup jelas
  • Pertanyaan guru sebagian besar jelas kaitanya dengan masalah.
  • Pertanyaan ditunjukan keseluruhan kelas lebih dahulu, baru menunjuk
  • Guru menggunakan teknik -pause- dalam menyampaikan pertanyaan
  • Pertanyaan didistribusikan secara merata diantara para siswa.
  • Teknik menunjuk yang memungkinkan seluruh siswa siap.

d. Keterampilan menerangkan
  • Keterangan guru berfokus pada inti pelajaran
  • Keterangan guru menarik perhatian siswa
  • Keterangan guru mudah ditangkap(dicerna) oleh siswa.
  • Penggunaan contoh, ilustrasi, analogi, dan semacamnya menarik perharian siswa.
  • Guru memperhatikan dengan sungguh-sungguh respon siswa yang berupa pertanyaan, reaksi, usul dan semacamnya.
  • Guru menjelaskan respon siswa, sehingga siswa menjadi jelas dan mengerti.

e. Keterampilan mendayagunakan media
  • Pemilihan media sesuai dengan PBM yang diprogramkan
  • Teknik mengkomunikasikan media tepat.
  • Organisasi mengkomunikasikan media menunjang PBM.
  • Guru trampil menggunakan media.

f. Keterampilan menggunakan metode yang tepat
  • Ada kecocokan antara metode yang dipilih dengan tujuan pengajaran.
  • Ada kecocokan antara metode yang dipilih dengan materi pelajaran dan situasi kelas.
  • Dalam menggunakan metode telah memenuhi / mengikuti sistematika metode tersebut
  • Alat yang dapat menunjang kelancaran penggunaan metode tersebut telah disiapkan.
  • Menguasai dalam penggunaan metode tersebut.
  • Aspek mengadakan interaksi
  • Ada keseimbangan antara jumlah kegiatan guru (aksi) dengan kegiatan siswa (reaksi) selama proses belajar mengajar.
  • Ada pengaruh langsung yang berupa : Informasi, Pengarahan, Menyalahkan atau membenarkan adalah cukup komunikatif
  • Nampak ada partisipasi dari siswa yang berupa :
" Mendengarkan
" Mengamati
" Menjawab
" Bertanya
" Mencoba
g. Keterampilan penampilan verbal non verbal
  • Gerakan guru wajar dan bertujuan.
  • Gerakan guru bebas
  • Isyarat guru menggunakan tangan, badan, dan wajah cukup bervariasi
  • Suara guru cukup bervariasi, lemah dan keras.
  • Ada pemusatan perhatian dari pihak siswa.
  • Pengertian indera melihat dan mendengar berjalan dengan wajar.

h. Keterampilan penjajagan/assesment
  • Menaruh perhatian kepada siswa yang mengalami kesulitan.
  • Adanya kesepakatan guru terhadap tanda siswa yang mengalami salah pengertian
  • Melakukan penjajagan kepada siswa tentang pelajaran yang telah diterimanya
  • Mencari/melakukan apa yang menjadi sumber terjadinya kesulitan.
  • Melakukan kegiatan untuk mengatasi/menunjukan kesulitan siswa.

i. Keterampilan menutup pelajaran
  • Dapat menyimpulkan pelajaran dengan tepat.
  • Dapat menggunakan kata-kata yang dapat membesarkan hati siswa
  • Dapat menimbulkan perasaan mampu ( sense of achievment) dari pelajaran yang diproleh.
  • Dapat mendorong siswa tertarik pada pelajaran yang telah diterima.
Persiapan Penyelenggaraan
Dalam mempersiapkan penyelenggaraan micro teaching kita harus menetapkan.
  1. Waktu / bilamana diadakan micro teaching
  2. Tempat, dimana kapan diguanakan, pelaksanaan micro teaching
  3. Personalia dalam micro teaching (calon yang praktek, peserta didik/siswa guru, orang yang akan mengadakan observasi dan penilaian, ahli teknik alat rekaman)
  4. Pola micro teaching yang akan digunakan dan dikembangkan.
  5. Rencana kegiatan dan prosedur kegiatan micro teaching
  6. Sarana dan prasarana.