Showing posts with label BM Jenis Ayat. Show all posts
Showing posts with label BM Jenis Ayat. Show all posts

Thursday, 6 October 2011

Ayat Permintaan

Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan,seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan seperti yang terdapat dalam contoh berikut :
  • Minta kamu semua bertenang.
  • Tolong tutup lampu sebelum kamu tidur.

Bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengerrtian yang negative sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan.

Oleh sebab itu contoh ayat berikut tidak dianggap betul:
  •  Sila jangan merokok.
  •  Tolong jangan ambil.
  •  Minta jangan bermain dikawasan ini.

Ayat Silaan

Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila ata jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Lazimnya kata silaan digunakan pada permulaan ayat seperti contoh berikut :
  • Sila serahkan borang permohonan tersebut ke pejabat.
  • Jemput masuk.

Ayat silaan juga untuk menjemput atau menyilakan orang melakukan sesuatu. Ayat-ayat ini menggunakan kata perintah seperti jemput dan sila.
Partikel -lah juga boleh digunakan untuk melembutkan ayat.

  • Silalah duduk.
  • Silalah jawap surat ini sekarang

Ayat Larangan

Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan,usah atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu.
  • Jangan ambil harta orang.
  • Usah dikenang lagi kisah yang pahit.
  • Awak tak usah datang lagi ke pejabat.

Ayat tersebut dapat dilembutkan dengan menambahkan partikel –lah , seperti berikut :
  • Janganlah ambil harta orang.
  • Usahlah dikenang lagi kisah yang pahit.
  • Awak tak usahlah datang lagi ke pejabat.

Ada jenis ayat larangan lagi yang bersifat umum yang tidak menggunakan kata larangan dan tidak menerima partikel –lah.
  • Dilarang merokok.
  • Dilarang memancing

Ayat larangan dapat juga dilembutkan dengan menggunakan perkataan harap pada bahagian hadapannya :
  • Harap jangan merokok.
  • Harap jangan berludah.

Ayat Suruhan

Ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan.Dalam ayat suruhan subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak,kamu,engkau, dan selainnya yang biasanya digugurkan.

Walau bagaimanapun,kerana tujuan penegasan,subjek boleh juga dikekalkan.

  • Pergi kamu dari rumah ini!
  • Engkau tunggu Fateha di sini.

Ayat suruhan boleh menggunakan partikel –lah untuk melembutkannya di samping menegaskan predikat.

  • Pergilah kamu dari rumah ini!
  • Engkau tunggulah Fateha di sini.

Bagi kata kerja transitif yang menerima awalan men-,awalan tersebut perlu digugurkan dalam ayat suruhan jenis ini,seperti dalam ayat di atas .

Dalam binaan ayat suruhan dan ayat perintah jenis lain yang mengandungi kata kerja tak transitif dan menerima awalan, awalan tersebut tidak boleh digugurkan, seperti yang terdapat dalam contoh berikut :

  • Menangislah sepuas-puas hatimu.
  • Berangkatlah dengan segera.

Wednesday, 5 October 2011

Ayat Perintah

Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada 4 jenis berikut.

Jenis-Jenis Ayat (BM)

Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud yang sama.
Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang sentiasa hidup serta menarik. Jika hanya satu jenis ayat saja yang digunakan akan timbul rasa jemu pada pembaca.
Oleh sebab itu, sasterawan dan penulis yang baik selalu menggunakan jenis-jenis ayat yang lain, sesuai dengan keperluan.

Jenis-jenis ayat bahasa Melayu dapat digolongkan kepada empat ragam:

1. Ayat penyata:

  • Ayat transitif dan ayat intransitif
  • Ayat aktif dan ayat pasif
  • Ayat sungsang
  • Ayat nafi
  • Ayat inti dan ayat gabungan
2. Ayat perintah

3. Ayat tanya


4. Ayat seru