♥ A 'knowledge farm' about teaching and learning, specific on the knowledge of Bahasa Melayu ♥
Thursday, 13 October 2011
Etika Penggunaan Papan Tulis
1. Jangan bediri tepat
- Ketika anda sedang menggunakan papan tulis sewaktu mengajar,jangan berdiri tepat di depan papan tulis. Ini kerana perb uatan anda akan melindungipandangan anak murid/pelajar untuk melihat apa yang anda tulis di papan tulis. Berdirilahdengan keadaan badan yang agak menyerong sehingga tubuh anda tidak menghalangipandangan mereka.
2. Gunakan alat penunjuk
- Gunakan pembaris/alat penunjuk untuk menunjukkan apa yanganda tulis di papan tulis. Ini adalah cara terbaik agar tubuh anda tidak menghalangpandangan anak murid ketika melihat tulisan di papan tulis.
3. Jangan penuhkan dengan tulisan
- Janganlah memenuhi papan tuli s dengan tulisan.Terlalu banyak tulisan mengakibatkan papan tulis menjadi tidak menarik danmembingungkan pelajar. Biarkan sebahagian papan tulis kosong secara proporsional,khususnya bahagian bawah papan kerana para pelajar yang duduk di bahagian belakan gbesar kemungkinan tidak dapat melihat dengan jelas apa yang anda tulis di bahagian bawahpapan tulis berkenaan.
4. Tulisan besar
- Perhatikan agar tulisan anda cukup besar dengan bentuk huruf yangtegak, sehingga dapat dibaca dengan jelas. Tulisan tida k perlu terlalu berseni atau `fancyµ.Yang penting tulisan anda mesti cukup tebal.
5. Padam tulisan yang tidak dipakai
- Hapuskan tulisan yang sudah tidak diperlukan. Parapelajar tidak dapat memusatkan perhatian pada banyaknya tulisan yang bercampur adu kdan tidak teratur. 6.
Tulisan yang kontras
** Jika anda menulis di "white board" (bukan papan tulis kayu yangberwarna hitam), dianjurkan anda menggunakan pena (marker) dengan warna gelap (hitamatau biru tua), kerana ia akan menghasilkan tulisan yang lebih kontras dan jelas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment