♥ A 'knowledge farm' about teaching and learning, specific on the knowledge of Bahasa Melayu ♥
Sunday, 16 October 2011
Kaedah Mengajar Suku Kata
Lagu ABC adalah menjadi asas utama dalam mengenalkan abjad dan suku kata. Kaedah pembacaanya adalah berpandukan pembacaan iqra dan abjad yang berulang-ulang supaya murid tidak melupakan abjad terdahulu yang di pelajari.
Proces mengenal diikuti dengan membentuk abjad. Teknik penulisan yang betul di perkenalkan agar tulisan murid baik, cepat dan kemas.
Selain daripada itu bahan seperti kad abjad, kad surih abjad dan kad suku kata perlu disediakan dalam perlaksanaan program kuasai abjad.
.
Kaedah Mengajar Suku Kata:
1. Suku kata ialah bahagian perkataan berasaskan kehadiran vokal.
2. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan.
3. Dalam Bahasa Melayu, terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan huruf vokal dipanggil Suku Kata Terbuka.
4. Suku kata yang lain adalah Suku Kata Tertutup kerana diakhiri dengan huruf konsonan. Beberapa jenis suku kata :
(a) Kata tunggal satu suku kata. Contoh : K + V + K
(b) Kata tunggal dua suku kata. Contoh : V + KV (ibu, ela), V + VK (air, aib), V + KVK (adat, emas), VK + KV (anda, unda), VK + KVK (untuk, entah), KV + KVK (bukan, dekat).
(c) Kata tunggal tiga suku kata. Contoh : KV + V + KV (biasa, cuaca), KV + V + KV (kaedah).
(d) Kata tunggal empat suku kata. Contoh : KV + KV + KV + KV (panorama)
Guru permu membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad abjad ditunjukkan. Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenalpasti dan menulis abjad-abjad yang telah diajar.
Seterusnya, guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di papan hitam. Guru akan memilih murid secara rawak dan meminta murid tersebut mengambil kad kad di papan hitam berdasarkan apa yang disebut oleh guru.
Selepas itu, murid diminta membuat latihan bertulis dalam buku masing-masing. Guru akan menyebut abjad manakala murid perlu mendengar dengan teliti dan menulisnya dalam buku.
Labels:
BM Suku Kata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Thank you so much for this information. I was finding some digram on suku kata. My son is 4 year old and i'm in my process of teaching him.
ReplyDeleteThanks again... James